Ads 468x60px

Wednesday

Cara Asas Mengaplikasikan Make Up di Wajah Mulus Anda




Sebenarnya tiada step-by-step atau cara yang betul-betul ditetapkan untuk memakai make up diwajah. Walaupun begitu, ada cara-cara yang boleh digunakan untuk mengaplikasikan make up.

Pertama :
Bersihkan dahulu wajah anda dari sebarang kekotoran. Selepas itu, sapukan tonner dan pelembab sebagai pelindung kulit muka. Perlu diingat bahawa kulit muka merupakan salh satu organ yang paling sensitif di badan manusia.

Kedua :
Mulakan dengan bedak asas atau foundation. Biasanya Kak Liza menggunakan petua ini : warna foundation terang sedikit dari kulit dan warna loose powder sama warna dengan kulit. Bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah atau parut atau jerawat, nak tutupkan masalah tersebut - bolehlah menggunakan conceler atau penyamar noda. Selepas itu barulah disapu dengan foundation. Foundation ini di'dot'kan diwajah seperti di hidung, pipi, dahi, dagu, mata. Ambil span dan bolehlah diratakan diseluruh wajah. Jangan menggunakan tangan/jari anda menyapu foundation ke seluruh wajah bagi mengelakkan minyak yang berlebihan bertakung di wajah mulus anda!

Ketiga :
Selepas selesai meratakan foundation di seluruh wajah, sapukan pula poose powder di seluruh wajah.

Keempat :
Selepas itu, sapukan pembayang mata atau eye shadow di kelopak mata anda. Sebaiknya bagi anda yang baru mencuba make up, gunakan warna-warna neutral berasaskan tanah. Tips : Bagi membentuk kelopak mata yang agak garang dan terbuka besar, adunkan warna yang agak gelap di hujung mata. Hasilnya mata anda akan kelihatan galak! Alitkan penggaris mata atau eye lining dan akhiri dengan memakai maskara.

Kelima :
Oleskan blusher atau pemerah pipi. Warna jangan terlalu pink atau merah. Warna beige sangat sesuai digunakan bagi anda yang mahu menonjolkan warna mata terutamanya ketika anda memakai solekan bertemakan ghotic!

Keenam :
Akhir sekali, sapukan pewarna bibir atau gincu di bibir mulus anda! Pastikan warna bibir tidak mengganggu keseluruhan make up di wajah anda.

Nah!! Sekarang, anda boleh bergaya dengan penuh yakin!


0 comments:

Post a Comment